Marilah sejenak kita saksikan kisah tentang keajaiban yang berlaku pada kelahiran Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W ( selawat dan salam keatas baginda)
Siti Aminah binti Wahab adalah bonda Nabi yang suci. Saat itu ialah malam isnin di bulan Rabiul awal pada 12 haribulan bertepatan dengan masehi 570, dengan kehendak Allah yang telah mengatur segala peristiwa di alam ini lahirlah seorang bayi lelaki yang amat elok rupanya dan sehat badannya. Siti Syifa' selaku bidan terus menyambut bayi yang comel dan sihat itu lalu di bersihkan badan Nabi dengan membasuhnya dengan air. kemudian dibalutnya dengan kain putih yang bersih.
Pada saat nabi di lahirkan itu banyak terjadi perkara perkara yang tidak pernah di duga oleh akal manusia. Keajaiban itu terjadi di seluruh alam. dari depan mata siti Syifa hinggalah ke tepi dunia dan kelapisan langit yang ke tujuh.
Peristiwa yang aneh dan pelik ini dapat di saksikan oleh ibu Abdul Rahman bin Auf. Nabi Muhammad Ketika dilahirkan tidak menanggis seperti anak-anak yang lain dan tidak pernah terjadi di dalam peradaban manusia. Tapi baginda cuma bersin dan inilah yang anehnya. Samalah yang terjadi kepada bapa kita Nabi Adam as ketika Allah memasukan roh ke dalam badannya. Setelah hidup dan bernafas, tiba-tiba beliau bersin.
Suasana di rumah Abdul Mutalib ketika Siti Aminah mahu melahirkan anak sulungnya itu hanya di terangi oleh cahaya pelita atau damar sahaja. Tetapi sebaik saja Nabi di lahirkan tiba-tiba rumah menjadi terang-benderang seperti di suluh oleh lampu elektrik yang dapat kita lihat pada zaman sekarang. Sehingga rumah itu keadaannya menjadi seperti siang hari.
Di luar rumah Abdullah itu pula, berhala-berhala yang berdiri megah di sekeliling kaa'bah semua tumbang seperti di tolak oleh satu tenaga yang kuat dari arah kaa'bah
peristiwa aneh dan luar biasa berlaku di tempat yang jauh pula ialah api di Farsi yang menjadi pujaan rakyat Farsi yang beragama Majusi yang sejak dinyalakan tidak pernah padam itu tiba-tiba padam dan istana Maharaja Farsi, Kisra pula bergoncang.
Manakala di atas langit pula, para malaikat sibuk bercakap tentang kelahiran insan agong yang akan membawa obor menerangi seluruh umat manusia yang sedang bergelombang hidup dalam kesesatan.
SUBHANALLAH...
0 comments:
Post a Comment